Soalan: Macam mana CGPA? Berapa ‘pointer’?
Soalan ini memang sensitif untuk pelajar yang masih menuntut di universiti atau kolej. Dalam hati kita berfikir mereka ini sibuk saja mahu tahu pencapaian pelajaran kita. Hendak membandingkan diri kita dengan siapa? Memang menjengkelkan, namun perlu dijawab dengan tenang. Jawab saja dengan mengucap syukur dan katakan anda yakin boleh lulus dengan cemerlang jika berusaha lebih lagi. Kalau boleh elak saja jawab berapa ‘pointer’ anda kerana tentu malu jika ia tidak dianggap bagus atau jika ia tinggi nanti dianggap anda berbangga diri pula.
Soalan: Buat apa sekarang? Kerja di mana?
Ini adalah soalan lazim tidak kiralah daripada kawan lama atau saudara-mara kita. Jawab saja secara jujur. Jika anda tidak rapat dengan yang bertanya, beritahu saja anda sudah bekerja. Jika mereka tanya kerja di mana, jawab saja nama kawasan kerja dan bukan nama syarikat. Sebab ramai yang suka menghakimi hidup kita dengan di syarikat kita bekerja. Selalunya jika kita jawab begini mereka akan sendiri faham kita tidak selesa memberitahu kita bekerja sebagai apa dan syarikat apa. Tetapi jika tidak kisah berkongsi, beritahu saja.
Soalan: Ada teman istimewa sekarang? Sudah jumpa jodoh?
Soalan peribadi ini memang soalan sensasi. Jika anda memang ada teman istimewa dan bangga hendak memberitahunya, jawab sajalah ‘ya’. Kalau kita malas hendak menjawab soalan berangkai mengenai teman istimewa kita nanti atau memang tidak ada sesiapa yang boleh dianggap cinta sejati, jawab saja ‘tidak ada’ atau ‘tidak ada jodoh lagi’. Rakan atau saudara-mara nanti akan terdiam, rasa simpati dan terus mengubah topik.
Soalan: Bila hendak kahwin?
Soalan yang agak memeningkan untuk dijawab terutama apabila memang kita belum bersedia untuk berkahwin. Kalau memang sudah tahu tarikh kita hendak kahwin lainlah ceritanya, mudah saja hendak dijawab. Jawab saja ‘belum sampai seru’ dan kalau hendak lebih sopan lagi katakan ‘nanti sudah sampai seru saya pasti jemput’. Pasti dia pun tersenyum mendengar dan jadikan kita anak buah kesayangan.Sumber- Gen Y (Harian Metro)
No comments:
Post a Comment