Salam Sejahtera..
Resepi pertama, pastinya yang ringkas, namun sangat sedap bila dimakan. . jom tengok gambar bawah ni.. :D
haaa.. ni lah Bubur Nasi. . Nampak sedap kan?? untuk resepi pertama ni, jom kita try masak mana yang mudah je dulu.. :P :P
RESEPI BUBUR NASI BONDA
BAHAN A ( Bubur Nasi)
- Beras- 1 cwn (bergantung kepada berapa ramai yg nak makan)
- Lobak Merah & Ubi Kentang - dipotong dadu
- Garam secukupnya
- Air Secukupnya
- Kuib Ayam
Cara-Cara
- Bersihkan beras, basuh, dan letak dalam periuk, masukkan air. Masak bubur sehingga beras dh bertukar rupa jadi bubur. :P
(**Tips, untuk menjimatkan gas dapo, anda bolehlah rendam dahulu beras sehingga kembang, setelah mengembang, baru tengek atas dapur)
(**Kalau agak-agak anak terdesak nak makan bubur on time, ambik je nasi yg dah siap masak, letak dalam periuk, tambah air, tenggek je kat atas dapor, tunggu sampai masak) - Masukkan lobak, dan ubi agar ianya jadi empuk.
- sekiranya bubur menjadi kering, tambahkan lagi air. (jangan takut utk tambah air, dah nama pun bubur :P :P)
- Masukkan juga garam dan kiub ayam, gaul sebati. dan tunggu hingga bubur anda betul2 masak.
- Perlahankan api untuk mengelakkan bubur anda hangit.. :P
BAHAN B (Sayur Kangkung)
- Sayur Kangkung (diperisi, dipotong & dibasuh)
- Bawang Merah dan Putih
- Cili Merah & sedikit cili api
- Udang kepal / udang kering
- Belacan
Cara-Cara
- Tumbuk semua bahan, kecuali Kangkung.. haha
- Panakan minyak, masukkan bahan yang dah ditumbuk, goreng sehingga naik bau, dan warna keperangan.
- Masukkan sayur kangkung, masukkan sedikit garam, dan air. Tutup kuali dengan penutup, agar sayur senang masak, dan tidak liat ketika dimakan.
- bila dah siap, tutup api. dan hidangkan.. :P
BAHAN C (TAMBAHAN)
- Ikan Bilis (digoreng)
- Telur Masin (direbus)
- Kicap + Cili Api+ gula sikit (dicampur sebati)
No comments:
Post a Comment