Hi... Salam Sejahtera..
MOOD RAYA masih on ni.. soo.. jom kongsi resepi BISKUT RAYA
Biskut Sarang Semut |
Biskut Sarang Semut Coklat |
BISKUT SARANG SEMUT COKLAT
BAHAN-BAHAN
- 250 gm butter
- 100 gm gula halus
- 350 gm tepung gandum
- 100 gm tepung kastard
- 100 gm tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil asen vanilla
- serbuk koko -secukupnya (**kalau nk buat perisa ori, x payah letak koko)
**Pastikan semua tepung diayak terlebih dahulu
Bahan Hiasan
- Coklat Rice Warna Warni
- Paper Cup secukupnya
Cara-Caranya
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kemudian gaul sehingga rata.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, dan serbuk koko yang telah diayak, dan gaul rata bersama-sama butter dan telur yg telah kembang tadi.
- Uli adunan sehingga ianya menjadi doh. sekiranya adunan masih kelihatan kekuningan, tambah serbuk koko, dan uli sehingga warna coklatnya sebati.
- ambil pemarut, atau tapis, dan parutkan adunan didalam bekas kecil, kemudian sudukan ke dalam papercup.
- Jangan lupa untuk taburkan hiasan anda. taburkan coklat rice.
- Bakar dalam oven dengan suhu 180'C sampai masak, (anggaran 10-15 minit)
- sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
SIAP... SENANG KAN?? SO JOM BUAT.. APA TUNGGU LAGI..
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment